Friday, December 30, 2011

bye 2011 welcome 2012


salam jumaat tuk semua..

fpuhh...da penuh habuk blog ni..
kemalasan dan kesibukkan melanda selepas kawin.. xde 1 pn review about my wedding day..
hihiiii..kemudian2 la ye..
weekday dila bz dengan keje yang btambah2 x penah kurang..
weekend pulak dila bz dengan En.B, maklum la PJJ
malam ni naik bus kul 9 ke kemaman..letih,balik keje da kul 8...
xpe la demi yang tersayang ^^

sekarang mesti masing2 sibuk ngan wishlist 2012 masing2 kan..
dila pun xmau ketinggalan jugak..

WISHLIST 2012
- X mau PJJ ngan En.B lg
- nak pg honeymoon,x sempat lg honeymoon..kekangan masa..
- nak ade business sendiri,InsyaAllah
- nak ade rumah sendiri

ok itu saje,xperlu banyak2 kan yang penting tercapai..Alhamdulillah wishlist dila 2011 segalanya tercapai..

MEMORY 2011
- dila & En.B ditunagkan (4.2.11)
- dila dinikahi (28.10.11)
- dapat family baru(family En.B)
- dila & En.B accident (1.10.11) :(
- dugaan yang sngat besar antara dila & En.B,Alhamdulillah dapat tempuh segalanya :)
- Alhamdulillah rezeki dila murah tahun ni,smoga tahun depan lebih di murahkan lg :)

selamat tahun baru
semoga 2012 lebih bermakna buat semua ^_^






Friday, November 25, 2011

ma'al hijrah

..PERGILAH GELITA..DATANGLAH CAHAYA..


salam Ma'al Hijrah 1433H

Doa Akhir Tahun

dDibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar,sebelum masuk waktu Maghrib.

doa-akhir-tahun

Doa Awal Tahun.

Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

doa-awal-tahun

sumber: google

Friday, November 4, 2011

i'm back


morning semua....


i'm back...setelah sekian lame bercuti kawin....
Alhamdulillah selesai sudah majlis di johor...
syukur sangat semuanya berjalan lancar...
^______________^
mood update blog belum berapa nak ade...heheheeee
esok pagi2 nak balik kemaman...this year sambut hari raya haji di rumah SIL..kak yanti buat korban..
mak dila x bagi beraya di rumah MIL cz majlis sambut menantu belum di adakan lagi..katenya x elok...
nak luangkan mase banyak2 ngan hubby..lepas ni kami akan duduk berjauhan..
sorang di putrajaya..sorang di kemaman... :(
anyway... SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA tuk kalian semua...




Saturday, October 29, 2011

Jemputan Perkahwinan


Dengan rasa penuh kesyukuran dan keizinanNya kami
Noor Adila Bt Ruhani Mohd Mukhlis b Yusof
menjemput
___________
suami/isteri sekeluarga
untuk merasmikan tambatan janji, ijab bersaksi, izin berwali
antara dua hati bagi menyerikan Majlis Raja Sehari kami

Majlis Persandingan
Tarikh : 29 October 2011 bersamaan 2 Zulhijjah 1432H
Lokasi : No.94 felda tenggaroh 5,jemaluang,86810 mersing Johor.
Masa : 11am - 5pm

Majlis Bertandang
tarikh : 19 November 2011 bersamaan 15 Zulhijjah 1432H
Lokasi : lot 15766 Depan Masjid Uniza,kg Gong Badak,
21300 Kuala terengganu,terengganu
Masa : 11am - 5pm

Beras kunyit kami taburi, air mawar direnjis wangi,
berkembang kasih menabur budi, undangan kami setulus hati,
harap sudi datang merai, semoga Allah memberkati.
Terima kasih, Wassalam.

p/s: pm alamat kepada kami sekiranya memerlukan kad.

Saturday, October 22, 2011

6 hari lagi...

salam semua....

mencari mood keje di pagi sabtu...waaaaa..memang stress..
esok dila da start cuti hingga la 2 november..kiranya hari ni lastday keje la..
tapi hari la bos nak bagi keje banyak2..mood pk kawin je ni..heheheh (gatai)
so..esok dila akan balik ke johor....
benda first yang dila nak buat ialah.......................... pg alter baju nikah..
ha..hari tu dila ade cerita pasal baju nikah kt entry lepas..
ok baju tu kak long da hantar rumah lewat tengah malam hari rabu...
tapi mase tu dila da tido...so hari khamis la dila try baju tu....
hasilnya??? 70% je la puas hati...kekemasan kurang la..
tp yang paling x best..baju tu besar..da macam baju pinjam....
tu dila x salah kn kak long sbb dila hantar baju tu 4 bulan lepas...
skarang berat dila memang ade kurang beberape kg..
kenape x hantar alter kat kak long je???
hahahaaa..sbb dila malas..ntah brape lame pulak baru siap..
esok pn da nak balik..
so hantar alter kt kampung je la..harap2 sempat la siap...sebab x banyak pun yang nak di alter...
xnak stress2...nak fikir +ve je..nanti hilang mood kawin...
lambatnya nak balik....jasad je la kat office..kapi hati di kampung...






Wednesday, October 19, 2011

tudung dan muka bolat saya


assalamualaikum....

hahahahahaa...rase poyo kejap..sebab entry ni penuh muka dila...
bukan ape..sebenarnya nak mintak pendapat korang semua...
pendapat ape???
rase2nya la kan..tudung mane yang sesuai untuk muka bulat dila ye...
request by En.B nak dila pakai tudung bawal je mase nikah nanti...
x semple sngat ke??
ok ke??

meh tengok muka dila dengan 3 jenis tudung...
dan tolong bagi comment sejujurnya je..
sumpah..x akan kecik hati...
heheheeeee...


1.tudung bawal
2.shawl
3.tudung awning





Monday, October 17, 2011

10 hari lagi..mood cuak

salam semua

pejam celik..pejam celik..
10 hari lagi nak jadi isteri kepada En.B...
mood sekarang happy,excited + CUAK..
agak-agaknya kenapa ye????
dila memang x pernah story tentang preparation tuk wedding..
bukan nak buat surprise..tapi mood malas,sebab wedding dila nanti biase2..
very simple..so memang xde ape yang nak di kongsi or show off..
xde pun diy veil ke,tudung ke?dila ikut je package yang ade..senangkan...
jangan menangis time wedding sudah..hehehehee
ops..lari topik plk...
ok..sebenarnya yang dila CUAK sangat..baju nikah dila x siap lg..
X SIAP lagi....
baju tu dila hantar dekat jiran sebelah rumah je..dia memang tailor pun..
ade kedai kat putrajaya..
jahitan dia memang kemas,sedap di pakai..senang citer dila dan kakak memang regular customer dia la..
baju tu dila hantar awal bulan 7..dan dila akan ambik awal bulan 10..
baju kurung moden je..
start hujung bulan 9,setiap2 minggu dila follow up ngan kak long(tailor)..
dia janji nak hantar kat rumah...oleh kerana x sampai2 baju tu..semalam dila datang rumah dia..
dia janji rabu or khamis ni..coz sabtu ni dila da balik johor..dila xnak marah2..takut hasilnya kecewa..so bagi dia buat dengan tenang... ^_^
dila mintak hantar hari rabu..takut ade ape2 yang x kene sempatla nak alter ..
sekarang ni dila sangat berharap hasil baju tu nanti memuaskan hati dan x membuatkan dila nampak gumok(hakikatnya memang gumok pn)....hahahaaa





Saturday, October 8, 2011

cerita tentang bajet 2012


Salam semua..

Ni bukan entry pre wedding..dila memang tengah xde mood nak update tentang pre wedding..setiap kali dila punya mood datang,tiap kali tu la dugaan datang..tambah2 lagi bile terkenangkan kejadian minggu lepas...walaupun tinggal 19 hari je lagi….nanti dila buat review je la ye..saje buat entry ni sementara tunggu waktu balik…hehehee…

Jom kite baca ape yang di bentangkan semalam..

PECAHAN BAJET 2012:

Perbelanjaan Operasi:
1. RM52 bilion untuk Emolumen.
2. RM30.5 bilion untuk Perkhidmatan dan Bekalan.
3. RM96.5 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
4. RM1.1 bilion untuk Pembelian Aset.
5. RM1.5 bilion untuk perbelanjaan lain.
Jumlah perbelanjaan operasi: RM181.6 bilion.
Perbelanjaan Pembangunan:
1. RM29.8 bilion bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
2. RM13.6 bilion bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
3. RM4.4 bilion bagi sektor keselamatan.
4. RM1.4 bilion bagi pentadbiran am.
5. RM2 bilion bagi simpanan luar jangka.
Jumlah perbelanjaan pembangunan RM51.2 bilion.
JUMLAH KESELURUHAN BAJET 2012 : RM232.8 bilion.

Intipati Bajet 2012:

1. Peruntukan RM978 juta untuk merancakkan pembangunan; lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
2. Pengecualian 100% duti import dan duti eksais untuk kereta hybrid.
3. RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah; RM500 juta sekolah kebangsaan dan masing-masing RM100 juta untuk sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
4. “Durian Runtuh” untuk peneroka Felda (jumlah akan diumumkan kemudian).
5. Peruntukan RM400 juta untuk menaik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
6. Memansuhkan yuran sekolah rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan, termasuk bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya.
7. Umur bersara wajib penjawat awam dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
8. Kenaikan pencen sebanyak 2% setiap tahun bagi pesara.
9. Penjawat awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320, disamping mewujudkan lebih banyak mata gaji.
10. Peruntukan RM200 juta untuk perbelanjaan pembangunan polis.
11. Pemberian RM3,000 secara “one off” kepada keluarga, duda dan balu anggota tentera.
12. Memberi subsidi RM0.60 untuk setiap kilogram beras super tempatan, RM0.20 untuk setiap kilogram gula, RM2.25 untuk setiap kilogram minyak masak dan RM0.55 untuk setiap kilogram tepung.
13. Had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
14. Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
15. Subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
16. Bagi pemandu teksi; pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik, cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian dimansuhkan dan pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun manakala RM1,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih 10 tahun.
17. Menyediakan pusat khidmat sosial sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
18. Menaikkan caruman KWSP majikan daripada 12% kepada 13% bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.
19. Peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda, dari RM120 juta kepada RM300 juta.
20. Bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam, dengan bayaran minimum RM 500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan.
21. Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
22. Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah (sehingga tingkatan lima).
23. Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA/IPTS tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam.
24. Melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor.
Semua ni dila copy kat SINI je..

Ulasan yang dila boleh buat.x Nampak pun kebaikan untuk pekerja swasta macam dila ni..tu je k..malas nak ulas lebih2…





Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday

Tragedi 01.10.11



12.05 tengahari di km 27 kg pinang,muazzam
alhamdulillah Dila dan En.B selamat

p/s: Entry selanjutnya..masih mencari kekuatan..

Monday, September 26, 2011

nak tanya..sape yang tahu tolong explain

salam..

ade tak sape2 tahu prosedur perkahwinan bile lelaki terengganu nak berkahwin dengan perempuan johor..
susah sangat nak settle..
untuk pihak perempuan xde masaalah..
betul ke??lepas bakal pengantin lelaki anto borang kt jabatan agama terengganu,pihak jabatan agama akan menganbil masa 3 minggu yang lame untuk membenarkan perkahwinan di luar daerah/negeri..
masa da suntuk,ade 1 bulan je lagi..sempat ke??
pls...sape2 yang taw prosedur sebenarnya....
tQ

Tuesday, September 20, 2011

check list 1.1.1


salam dan selamat petang

lagi 1 month 1 week 1 day..
mood excited + gelabah...huhuhuhuuu
so mari kite update check list..

Sebelum Bernikah

Kursus Perkahwinan - done
Isi borang - 50%
Surat Akuan Bujang (diri sendiri) - abah settle
Surat Akuan Bujang (en.tunang) - x pasti
Ujian HIV -
Kad Jemputan Kahwin - in progress 80% ( sponsor by adk usop)
Kos mendaftar - ??
Signboard & Bungga Manggar - 0% (lupa)

Pernikahan

Baju Nikah - in progress
Tok Kadi - done
Batal air sembahyang - done
Jamuan - mak abah settle
Cenderahati - no idea
Bunga Tangan (fresh flower) - i.z de bridal


Barang hantaran kepada my hero

1.sirih junjung - 0%
2.buah-buahan - 0%
3.cakes - 0%
4.asam sawit - sponsor by bff
5.ring - tengah survey
6.chocolate -0%
7.kemeja + jeans - done
8.perfume - done
9.kasut - done
10.jam- done
11.misteri - 0% surprise for my hero

Khatam Al-Quran dan berzanji

Baju - belum beli,tapi da survey
Cenderahati tetamu - 0%
Jamuan - mak abah settle kan

Majlis Resepsi

Jurufoto/Videografi - i.z de bridal
Mak Andam - i.z de bridal
Pelamin - i.z de bridal
Dewan/Khemah - mak abah settle kan
Jamuan - mak abah settle kan
4x Bunga pahar (pelamin) - done
Kek Pengantin - (sponsor by kak nura)
Cadar Katil - done
Hiasan hantaran - (sponsor by kak irma)
Hiasan bilik tidur - tengah fikir

Cenderahati Tetamu

1200x box - masih di kedai
1200 x sticker - done
200x Cinderella Box (VIP) -no idea
80x Bunga rozet - 60%
25 x Cenderahati Kendarat - done (sponsor by kak irma)


Hiburan

Kompang - abah
Silat pengantin
Satu set sistem PA - abg iwan

tapi kenapa banyak lagi x settle...
sempat ke??
hope semua akan berjalan lancar...



Monday, September 12, 2011

basi semangat raya


salam aidilfitri u all...

rase-rasenya,sekarang ni da basi entry raya kan..
nak habis raya da..
alhamdulillah...tahun ni dapat sambul aidilfitri bersama family..
tentulah seronok..
da lame x update blog..rindu...sangat2 rindu..
alhamdulillah sekali lagi..kemelut yang melanda selama ini..sudah berakhir..
wedding pun da x lame lagi..lebih kurang 1 bulan lebih...
insyaAllah selepas ni,akan rajin la dila update tentang pre wedding...
detik2 last raya as single...sedih....



nak wish selamat pengantin baru tu All ex b2b yg da kawin...

Saturday, August 27, 2011

salam aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Friday, August 19, 2011

salam jumaat

tak terdaya rasanya nak mengupdate blog..
bukan kerana puasa..tapi kerana hati tidak keruan..
masa terus berlalu..tapi tiada tanda2 positive..
aku semakin buntu..dugaan datang silih berganti..
tak termampu lagi rasanya menghadapi..
hari yang di nanti entah kan jadi entah kan tidak..
ku pasrah pasrah padamu ilahi..setiap ape pun yang terjadi..
biar la air mata ini kering sendiri..biar la sampai suatu masa nanti segalanya terhenti..
biar la kekecewaan ini datang dan pergi..
bukan aku mengalah,tapi aku dah tak terdaya..
bukanku tak berjuang,tapi ku kesakitan bersendirian..
ya Allah andai sebegini dugaan yang perlu aku hadapi..biar la ia sekali ini..
andai kekecewaan ini yang perlu aku tempuhi biar la sekali ini..
tidakku salahi takdir hidupku..
tapi ku tunggu hikmah darimu...
akan ku nanti sehingga detik terakhir..
biar pun berair mata..walaupun sebuah duka..

Thursday, August 4, 2011

mengharap sinar ramadhan

ku mengharapkan ramadhan kali ini pernuh makna..
agar dapat kulalui dengan sempurna...

jelousnya tengok b2b lain update preparation tentang wedding..
jelous tengok ex b2b buat entry tentang baby..

memang lame x update tentang check list..pre wedding..
xde ape yang nak di kongsi..
xde ape yang nak di cerita..
hanyalah sebuah duka..

indah khabar dari rupa..
ape yang di lihat tak same ape dengan ape yang di rasa..
perjalanan ini x semudah yang di sangka..
di hati tersimpan segala rahsia..

moga mimpi menjadi realiti..
walaupun tidak pasti..
padamu ilahi kuserahkan hati ini..
keranamu yang lebih mengerti..
apa yang terbaik untuk kami..

tidakku harap majlis semeriah ct..
tidak ku pinta untuk di saingi
jauh sekali untuk di puji..
tapi jangan la pula di keji
cukup la sekadar hubungan ini di restui.
ku terus setia menanti
ku pohon padamu ya ilahi..


salam ramadhan untuk semua...














Thursday, July 21, 2011

bunga di tudung

salam sejahtera semua..

hari ni mood malas nak buat keje..tadi tengok2 gambo member nikah..
ade sesuatu yang menarik dan cantek..
cuba tengok..letak bunga di tudung...


ok,cuma nak kongsi itu je..
pic by rohidayah yusof





Friday, July 15, 2011

siapa tok kadi

by google

salam jumaat semua..

soalan first??
sape yang akan nikahkan kite nanti ye??? mestilah tok kadi kan..
tapi sape tok kadi tu???perlu ke kite kenal???seram sejuk bila fikir nikah..
semalam call abah mintak tolong ambik borang nikah,salinan ic dila dan En.B memang ade pada abah..so mintak tolong kat abah uruskan mane2 yang boleh..ye la anak dia ni kan jauh di putrajaya..kalau nak balik kene la ambik cuti..dan paling lemah ialah bile nak ambik cuti..bukannya senang..
tambahan pula abah imam Tenggaroh 5..(iman itu x dapat diwarisi)
so abah memang kenal sangat la dengan orang2 jabatan agama mersing, tu satu kelebihan,tapi yang merisaukan..macammane kalau mase interview x dapat jawap ke??tergagap2 ke?? mesti malu...
xpe2..insyaAllah boleh kot..semoga semuanya berjalan lancar..
yang paling excited ialah..........
abah bagitaw abah yang akan nikah kan kami nanti.. 1st time abah nikahkan orang..
dan orang2 itu adalah kami...
En.B jaga2 ok,nnt yang nikah kan kite ur FIL..so jangan gagap taw..kalau boleh biar la 1 kali lafaz je..
maaf la ye..terover,macam la kat dunia ni dila sorang yang abah sendiri nikahkan..artis2 tu da berlambak da..nabila huda anak amy search,serina anak chef wan...

da..nak sambung kerja...






Thursday, July 7, 2011

bajet dan kawin

salam u all..


weekend yang lepas balik johor bersama En.B coz my bff wedding..
tersangat letih..hari ni baru ade mood nk update.. pengapit letih mengalahkan pengantin..heheheh

selamat pengantin baru khas buat hafiza & hafiz..
bestkan..nama pun nak same,beza huruf 'a' je..



cerita tentang preparation wedding.
xnak bazir masa dila ambik kesempatan pergi ke butik I.z De Bridel pilih package,bincang2 ape yg patut..
dan hasil perbincangan nya..
dila ambik

#package eksklusif rm1550
2 pasang baju
2 kali make up
full aksesori
2 bantal nikah
hiasan meja makan
backdrop meja makan
set renjis
bunga tangan fres flower
*1 pasang baju ditukar kpd hiasan meja makan U
#pintu gerbang rm50
#OP/cameraman rm600
3 roll
1++ keping gambar
4 keping gambar 8r
sticker album
cd
#transport rm150
Total = rm2350
Link
pandangan korang semua mahal ke??murah ke?? berpatutan ke???
dila tukar sepasang baju kepada hiasan meja makan U sebab xtaw nak pakai baju satu lagi tu masa bila..bajuh nikah sdn bhd..malam berinai xde,mak xnk..butik cadangkan tukar baju masa acara potong cake..dila memang xnak tukar2 baju masa hari persandingan nanti..kalau tukar mesti ambik masa yang lame,kesian kat rombongan sebelah lelaki nak tunggu..
wedding x sampai 4 bulan lagi..banyak benda x settle lagi..so mulai sekarang kene la berkerja keras...





Thursday, June 30, 2011

bukan cuti kawin..

salam all..

da terlalu lame rasanya x update blog..
banyak benda nak cerita..
baru start kerja setelah 2 minggu bercuti..
alhamdulillah semuanya sudah kembali seperti sedia kala...
next entry dila akan cerita kemana dila menghilang...
yang menjadi tanda tanya rakan2 kerja,facebook,blogger...

jumpe next entry k..




Friday, May 27, 2011

BUZY...

x sempat nak update blog...buzy...boss bagi new project ....
:(

Saturday, May 21, 2011

pelamin.. not overshadow

salam dear..

hari ni kene keje..x bestnya..kat opis cme ade 3 orang je..bertambah2 la x bestnya..
so ari ni menghabiskan masa keje dengan berjalan-jalan di google..huhuhu
mencari2 idea pelamin..fuhh..memang banyak yang cantik2...tapi kebanyakknya pelamin dewan..
oleh kerana nolyndila akan melangsungkan majlis di rumah family di johor..
so kena la cari pelamin yang bersesuaian dengan umah mak abah di kampung..
rumah xde la besa mane pun...
akibat bersiar-siar di google..
dila telah jatuh cinta kat pelamin2 arma abd rahman..
simple..dan sngat cantik..senang cakap sangat2 suka..
pelamin banyak kepada white color..so raja&ratu sehari akan penyerlah..
boleh pakai dengan ape saje color baju...
macam entry cik lijah :
anything & anyone shall not overshadow the bride.
sangat berguna untuk b2b yang lain..


pelamin dewan yang sangat cantik..
pic by google


pelamin rumah yang menawan hati






raja&ratu sehari haruslah menyerlah dari pelamin dan apa saja dari semua orang..
sebab kite la raja&ratu pada hari tu..
^___^






Wednesday, May 11, 2011

BEDROOM STORY CONTEST

dear all..

hari ni sangat xde mood nak update blog...
(macam la hari2 lain rajin update blog kn)
huhuhuhuuuuuuuuuu.......
cume nak share pasal
"Bedroom Story Conttest"

syarat penyertaan sangat simple...kalau x pecaya tengok sendiri kat SINI
hadiah dia pun menarik..
sape2 yang sangat rajin dan free join la..
dila???
x join lagi..mood belum datang... ^_^



pic by ikea






Tuesday, May 10, 2011

official wedding color theme

salam my dear blogger...


turquoise gray


wedding color theme bukan yang kat atas tu la...
wedding lagi 5 bulan lebih...tapi baru sekarang nak citer wedding color theme...
teruknya la cik Dila ni..
di sebab kan sifat yang x tetap pendirian tu la x boleh buat preparation..
ye la..bayangkan..pejam mata ok..
macam mane korang nak bayangkan wedding korang kalau xde color theme...huhuhuuu
x boleh kan...macammane nak beli itu ini..???semua benda x boleh..so wedding theme tu sangat penting ok..sangat penting...
hari ni 10 may 2011 dengan rasminya saya mengumumkan wedding color theme....
.
.
.
.
.
.
.
.
.

turquoise purple gray


turquoise purple gray


semua majlis akan guna turquoise purple gray..
nikah,sanding,malam berinai...all ok
kenape??? sebab saya malas nak fikir banyak2...ni pun da penat fikir ..
ishhh..memang dasar pemalaskan..hihihihihii
sebenarnya nak color turquoise gray macam picture atas skali tu....
tapi oleh kerana Dila percinta purple..dan baju nikah pun terbeli color light purple...
macam yang Dila citer kat entry lepas
terbeli ok...(walaupun hakikatnya Dila yang beria2 nak color purple tu)...
oh ye..solution untuk entry tu ialah..teruskan dengan baju tu..
maka jadilah turquoise purple gray..
tapi kat picture ni white color....
dan untuk sebelah En.B
.
.
.
.

maroon gold


so lepas ni xde la alasan lagi tak nak buat preparation ^__^
semangat nak buat preparation wedding......

p/s: all pic by google







Saturday, May 7, 2011

sayang kamu

terima kasih sayang..
sebab sentiase ade di saat2 saya memerlukan..
sebab menjaga saya sakit..
temankan saya tido..
bagi saya makan yang cukup..
bagi saya makanan yang berkhasiat..sehingga saya gemok macam sekarang ni..
kerana menanggung sakit melahirkan saya.. sehingga saya rasa bahagia seperti sekarang...
terlalu banyak untuk di ucapkan terima kasih..
saya sayang mak..SAMINI BT KAIMIN
semoga mak sentiase di gembira dan bahagia..
di beri kesihatan yang baik..dan sentiase di redhai Allah..




8 may - happy mothers day ..
9 may - happy birthday mak..

esok x dapat celebrate hari ibu dengan mak..
lusa x dapat celebrate hari jadi mak.. :( sedihnya..
tapi da apply cuti..next week nak balik kampung..
x sabar sngt!!!
nanti kite celebrate same2 ye mak..
lepas balik keje ni ND nak pegi carik hadiah untuk mak..
oleh kerana tarikh yang beza 1 hari saja..so hadiahnya 1 je la ye..
hehehehe jimatkan...bukan kedekut taw...
masih mencari2 idea hadiah birthday+mothers day...ape yang sesuai?????
da xnak bagi hand bag or perfume lagi..
sebab collection handbag mak da melebihi handbag ND.. mak memang suka sangat handbag..boleh di kata kan setiap kali ND balik kampung mesti mak pesan handbag dan perfume..
so untuk tahun ni nak carik kelaianan sikit..yang penting bukan handbag..bukan perfume..
untuk abah..hadiah tuk birthday abah pun ade jugak :)


“Untuk semua wanita,
yang selalu memiliki cinta kasih,
yang tak akan pernah habis untuk dibagi,
SELAMAT HARI IBU…."

p/s: ND = NolynDila






Friday, May 6, 2011



When you have a Passion and Reason to do something..
you'll surely have what you want...
It may seem hard or even impossible..
but if you have a Strong Enough Reason to do something..
you'll be able to tap in your Inner God-given Potential!




Thursday, May 5, 2011

pre wedding

assalammualaikum...
hai,dear..


tiba2 timbul perasaan nak ambik gambar pre wedding..sebelum ni memang xde plan nak ambik gambar pre wedding...
isshhh..seronoknya...tapi En.B nak ke ek???
xpe..yang tu pandai la nak settlekan macam mane..huhuhuuuu

tapi...
nak ambik macam mane ek???
berape kos nya???
nak consept macam mane???
kalau boleh saya nak yang simple2..
banyak lagi nak kene survey ni...coz xtaw ape2 pun..
sape2 yang ade pengalaman or idea..shere2 la sikit pls...
heheheheee

antara gambar2 yang menarik perhatian saya ^__^





pic by: google






Friday, April 29, 2011

What I Want For My Wedding Favor


salam sejahtera semua....


oleolemanis (OOM) dengan ini mengumumkan dengan rasminya Peraduan 'What I Want For My Engagement/Wedding Favor' @ ' Apa Saya Mahu Untuk Cenderahati Majlis Pertunangan/Perkahwinan Saya' bermula pada 20hb April 2011.

best kan..jom la kite masuk ramai2..
macam mane cara-caranya????
mudah je..x caya ke???tgk sendiri kat SINI


saya nak join la ni...dan pilihan Wedding Favor saya ialah....
.
.
.
.

Cute Treasure Chest

Bukan senang nak buat pilihan..terlalu banyak yang cantik2 wedding favor kat oleolemanis..tapi selepas berkali2 belik blog oleolemanis ni...hati saya tetap memilih Cute treasure chest

Why???

Sebab ia sangat comel,cantik ok..dan eksklusif dengan gaya mewah untuk di jadikan wedding favor untuk VIP pada majlis perkahwinan saya 29 oct 11 Di dalamnya diisikan dengan chocolate yang berbalut kertas gold..seperti ferrero rocher, Cadbury gold,chocolate gold coins..dan banyk lagi chocolate yang berbalut kertas gold..lihat bertapa eksklusifnya cenderahati saya..malah harganya sangat2 berpatutan..semestinya menjadi sebutan tetamu saya dan ia akan di simpan sebagai perhiasan atau pun tempat menyimpan barang..


pic by google

semoga Cute treasure chest akan menyerikan lagi majlis saya nanti

^___^












Thursday, April 28, 2011

half year




hye u all...

6 months lagi ...
senyum lebar2..
^_________^


Thursday, April 14, 2011

berape %

assalamualaikum dear.........

wedding lebih kurang 6 bulan 2 minggu lagi..tapi semua orang da sibuk tanya persiapan..

mak : lynn,macam mane persiapan??ape yang dah beli,baju nikah dah hantar..bla..bla..bla..???
ND: lame lagi la mak..xde beli ape pun..bunga telur je..huhuhuu..bulan depan lynn start beli barang2 lain ye..

abang: dik,ko da tempah pelamin,make up,baju lum???nanti lambat xde kosong pulak..
ND: belum lagi la bang,nnt adik balik adik pegi ye..xpun nnt ade call abang tolong booking ye..

kakak: ko da beli barang ape???
ND: xde pe lagi..xtaw nak beli ape dulu...

adik: kak,kad jemputan da tempah ke???
ND: belum lagi..awal lg kn...

tunang: bb,xde nk beli barang tuk wedding ker??
ND: xde lg la,awal lg..nanti da x up to date..

member: beb..bape % preparation???
ND: ade la 10%..xpe awal lg...

awal lagi..awal lagi...awal lagi...
betul ke awal lagi..sempat ke nanti???
kadang2 rase awal lagi..kadang2 rase mcm kejap je..
tapi preparation still same je..xde peningkatan pun..
buzy la..xde mase..nak update blog pun xde mase,lagi la nak wat preparation..
huhuhhuuu ape nak jadi ngan kau ni dila????
nak kawin ke xnk ni?????





Thursday, April 7, 2011

bunga telur baju nikah


salam sejahtera...

bunga telur da settle..minggu lepas saya n my sis ke gombak tempah bunga telur??? jauh ke???boleh tahan la..thank to FIL sebab bagitahu tempat tu..harga bunga telur yang telah di tempah rm1.20 je..itu lah yang paling murah saya jumpe..malas nak survey2 lg..banyak benda lagi yang perlu di survey kn..
now nak story pasal baju nikah...
ingat lagi x baju nikah saya color light purple yang saya nak tukar white color..
x jadi ok..so teruskan la dengan light purple..
saya da decide nak buat kurung moden je..simple :)
tapi xtaw lagi nak buat leher baju design macammane...
sebelum decide leher baju kne decide dulu nak pakai tudung macam mane???
xtaw ni..pls bagi pendapat....
mane satu yang lebih sesuai tuk muka bolat macam saya ni?????

no.1
no.2
no.3
no.4
no.5


mana satu ek??????
no.1 & no.4 cantik kn... :)

pic by google