Wednesday, December 22, 2010

membesar dengan sihat


orang lain keje makin kurus tapi aku.....
berat dah bertambah..tambah...
.
.
.
.
.
.
.
.




1tahun aku keje..5kg berat aku bertambah....
bayangkan..(kene pejam mata ok) kalau 3 tahun aku keje..
5kg x 3 tahun =15 kg ????
OMG..tidak!!!!!!!!!!!!!
kan best kalau 5 kg yang bertambah tu adalah duit..happy wooo....
so

DIET

manahan nafsu makan...
boleh ke???
try the best dila.
^__^

Thursday, December 16, 2010

good bye to 2010











now da bulan december..next month da masuk tahun baru....
so akan banyak benda baru...
sedihnya say good bye to 2010...
terlalu banyak kenangan 2010...
masih banyak azam 2010 x settle lg...nampak gayanya continue next year la eh..heheheheheee



jom imbau sikit citer 2010..ade ape ek???
>> 1st time aku bkerja selapas tamat dip..
>> 1st time celebrate besday 23th..hihihiii
>> 1st time rase bonus!!! walaupun x banyak..tp alhamdulillah..
>> menghadapi dugaan vs kawan2..
>> holiday at langkawi..
>> family day at port dickson..
>> banyak lagi yang da x ingat...uhuhuuu

tapi next year 2011 menanti dengan penuh debaran..n akan jadi tahun yang paling bermakna dalam hidup...
kanape???
wait n see............

Thursday, December 9, 2010

stress !!!!



macam2 dugaan datang..macam2 benda nak fikir..
memang stress!!!!
rase bagai nak giler..

jom..kite bace tips untuk orang2 yang stress macam aku ni..
>>>>>
>>>>
>>>
>>
>
Stres: Luahkan perasaan anda
Benarlah kata-kata hikmah yang meletakkan kewarasan sebagai rahmat paling agung.
Apabila pertimbangan telah hilang dan manusia menjadi gelap mata walau seketika
cuma, matilah zuriat di tangan orang tua sendiri.

Begitulah sebaliknya, anak-anak menjadi kering hatinya tatkala menyembelih ibu
bapa mereka. Kes-kes ‘tekanan mental’ yang luar biasa dan semakin berleluasa ini
pada awalnya bertitik tolak dari stres ringan tetapi tidak diberikan perhatian
sewajarnya.

Padahal, skil pengurusan stres boleh dipelajari dan langkah pertama hanyalah
dengan membuka mulut untuk bercakap. Mungkin, rakyat Malaysia perlu dilatih
secara lebih serius untuk meluahkan perasaan mereka dan bersikap terbuka
mengenainya.

Tiada apa yang hendak dimalukan. Jangan sampai kita akhirnya terpaksa menerima
nasib yang sama kerana tekanan mental yang bertitik tolak dari stres boleh
terjadi kepada sesiapa jua.

Dalam kehidupan serba moden yang penuh mencabar ini, tekanan perasaan atau stres
sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Pendek kata, stres adalah hidup
dan hidup adalah stres.

Mungkin, kebanyakan daripada kita melihat stres dari perspektif negatifnya
sahaja seperti gejala sosial, kecenderungan untuk melakukan keganasan dalam
menyelesaikan masalah serta meningkatkan risiko penyakit mental.

Sesetengah stres juga adalah baik sebenarnya apatah lagi dalam tuntutan seharian
kita dalam mengejar masa dan tarikh akhir. Stres memberikan kita tenaga dan
motivasi untuk mengendalikan proses itu.

Tanpa stres, seseorang pekerja atau pelajar itu mungkin tidak dapat menyiapkan
tugasan atau projeknya pada masa yang telah ditetapkan.

Perasaan stres terbit daripada naluri semula jadi tubuh untuk mempertahankan
diri daripada sebarang perubahan atau pengubahsuaian persekitaran mahupun,
tekanan fizikal dan emosi yang dalam situasi ekstremnya boleh mendatangkan
bahaya.

Ia meletakkan diri kita dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia dan oleh itu,
membolehkan kita bertindak balas terhadap sebarang situasi meruncing yang bakal
tercetus terutamanya dalam kes-kes kecemasan.

Misalnya, ketika anda berada di dalam kenderaan yang sedang memecut laju tanpa
haluan, tubuh badan anda bersedia untuk terjun keluar daripada kereta berkenaan.

Sekiranya ia normal, kenapa saya sedih?

Walaupun stres itu baik, namun, jika keterlaluan ia boleh mendatangkan kesan
sebaliknya. Ia boleh mencetuskan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit
kepala, perut meragam, tekanan darah tinggi, malah penyakit jantung dan strok.



Stres kronik yang berlanjutan tanpa diberikan perhatian dan rawatan sewajarnya
membuatkan kita berasa seperti terperangkap dan tidak mampu untuk
mengendalikannya.

Apabila ini berlaku, ia seumpama tubuh badan anda telah bersiap sedia untuk
terjun keluar daripada kenderaan yang bergerak laju tadi tetapi masih terpacak
kaku.

Badan anda berkerja lebih masa dan tiada ruang untuk menempatkan kesemua tenaga
berlebihan yang ada. Ini seterusnya membuatkan diri anda berasa takut, bimbang,
resah gelisah dan berdebar-debar.

Apakah perubahan-perubahan yang boleh menekan saya?

Situasi yang mencetuskan stres – keadaan di mana kita mengalami permintaan yang
melebihi keupayaan untuk mengendalikannya – adalah unik bagi setiap orang.

Apa yang menekan A mungkin tidak menjadi hal kepada B. Gen, personaliti dan
pengalaman hidup semuanya mempengaruhi tindak balas stres tubuh anda.

Misalnya, seseorang itu mungkin mengalami stres setelah ditegur oleh ketua
jabatannya manakala bagi individu yang lain pula tidak berasa apa-apa. Apa jua
perubahan boleh mencetuskan tekanan, sekalipun perubahan yang baik-baik
sifatnya.

Kehilangan akibat kematian, perceraian dan berpisah dengan anak-anak yang
meninggalkan rumah setelah mendirikan rumah tangga boleh menjadi sumber stres,
begitu juga dengan penyakit yang lama dan hilang upaya.

Bagaimanapun, hal-hal seperti perkahwinan, berpindah rumah, kerja baru, naik
pangkat dan percutian turut memberikan kadar stres yang tinggi.

Adakah punca stres saya satu ancaman? Atau ia tidak perlu dirisaukan?

Stres merupakan sesuatu yang normal dan sebahagian dari proses hidup. Pun
begitu, tidak bermakna kita perlu mencampuradukkan segala masalah yang ada,
putus harap dan mempunyai pemikiran-pemikiran negatif seperti ‘tiada orang lain
yang mengalami tekanan seperti aku’.

Ingat, kita bukan insan yang lemah kerana mengalami tekanan tetapi, kita
tertekan kerana kita hanyalah seorang manusia biasa. Justeru, menyalahkan diri
sendiri atau melakukan perkara yang bukan-bukan baik mencederakan diri sendiri
atau menjejaskan orang lain, hanyalah satu tindakan sia- sia.

Sekalipun tidak berupaya mengawal benda-benda yang menekan anda sepanjang masa,
anda masih boleh mengawal bagaimanakah caranya untuk bertindak balas
terhadapnya.

Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu terhasil daripada
cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Sekiranya anda menukar cara anda
berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang anda rasakan.

Saya telah cuba mengendalikannya tetapi saya seperti sudah berputus asa

Ini satu petanda bahaya. Ada kalanya, stres menjadi terlalu besar untuk kita
tangani. Ia boleh mencetuskan perasaan-perasaan buruk yang mungkin anda fikirkan
seperti mencederakan, malah membunuh diri sendiri.

Apabila anda berasa seperti sudah putus harap, nampaknya, keadaan tidak akan
menjadi bertambah baik. Terus bercakap dengan seseorang apabila anda mengalami
perasaan ini.

Bercakap dan meluahkan perasaan merupakan langkah pertama untuk anda belajar
menguruskan tekanan yang dialami dan mula berasa sedikit lega dan bertambah
baik.

Adalah penting bagi anda untuk mengetahui bahawa – mengawal stres adalah sesuatu
yang boleh anda pelajari kerana stres itu sendiri datangnya dari cara mana anda
memberikan respons terhadap situasi yang menekan itu.

Sehinggalah sains menemui jawapan yang solid mengenai stres, bukanlah suatu
tragedi bagi anda untuk belajar cara-cara menguruskan stres. Dalam kata lain,
cuba jangan menjadi terlalu stres kerana tertekan.

Di manakah saya boleh mendapatkan pertolongan?

* Hospital
* Klinik kesihatan
* Persatuan Kesihatan Mental Setempat
* Sekolah, institusi pengajian tinggi atau pusat perkhidmatan kaunseling.