Saturday, October 8, 2011

cerita tentang bajet 2012


Salam semua..

Ni bukan entry pre wedding..dila memang tengah xde mood nak update tentang pre wedding..setiap kali dila punya mood datang,tiap kali tu la dugaan datang..tambah2 lagi bile terkenangkan kejadian minggu lepas...walaupun tinggal 19 hari je lagi….nanti dila buat review je la ye..saje buat entry ni sementara tunggu waktu balik…hehehee…

Jom kite baca ape yang di bentangkan semalam..

PECAHAN BAJET 2012:

Perbelanjaan Operasi:
1. RM52 bilion untuk Emolumen.
2. RM30.5 bilion untuk Perkhidmatan dan Bekalan.
3. RM96.5 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
4. RM1.1 bilion untuk Pembelian Aset.
5. RM1.5 bilion untuk perbelanjaan lain.
Jumlah perbelanjaan operasi: RM181.6 bilion.
Perbelanjaan Pembangunan:
1. RM29.8 bilion bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
2. RM13.6 bilion bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
3. RM4.4 bilion bagi sektor keselamatan.
4. RM1.4 bilion bagi pentadbiran am.
5. RM2 bilion bagi simpanan luar jangka.
Jumlah perbelanjaan pembangunan RM51.2 bilion.
JUMLAH KESELURUHAN BAJET 2012 : RM232.8 bilion.

Intipati Bajet 2012:

1. Peruntukan RM978 juta untuk merancakkan pembangunan; lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
2. Pengecualian 100% duti import dan duti eksais untuk kereta hybrid.
3. RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah; RM500 juta sekolah kebangsaan dan masing-masing RM100 juta untuk sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
4. “Durian Runtuh” untuk peneroka Felda (jumlah akan diumumkan kemudian).
5. Peruntukan RM400 juta untuk menaik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
6. Memansuhkan yuran sekolah rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan, termasuk bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya.
7. Umur bersara wajib penjawat awam dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
8. Kenaikan pencen sebanyak 2% setiap tahun bagi pesara.
9. Penjawat awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320, disamping mewujudkan lebih banyak mata gaji.
10. Peruntukan RM200 juta untuk perbelanjaan pembangunan polis.
11. Pemberian RM3,000 secara “one off” kepada keluarga, duda dan balu anggota tentera.
12. Memberi subsidi RM0.60 untuk setiap kilogram beras super tempatan, RM0.20 untuk setiap kilogram gula, RM2.25 untuk setiap kilogram minyak masak dan RM0.55 untuk setiap kilogram tepung.
13. Had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
14. Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
15. Subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
16. Bagi pemandu teksi; pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik, cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian dimansuhkan dan pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun manakala RM1,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih 10 tahun.
17. Menyediakan pusat khidmat sosial sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
18. Menaikkan caruman KWSP majikan daripada 12% kepada 13% bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.
19. Peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda, dari RM120 juta kepada RM300 juta.
20. Bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam, dengan bayaran minimum RM 500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan.
21. Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
22. Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah (sehingga tingkatan lima).
23. Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA/IPTS tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam.
24. Melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor.
Semua ni dila copy kat SINI je..

Ulasan yang dila boleh buat.x Nampak pun kebaikan untuk pekerja swasta macam dila ni..tu je k..malas nak ulas lebih2…