Saturday, October 29, 2011

Jemputan Perkahwinan


Dengan rasa penuh kesyukuran dan keizinanNya kami
Noor Adila Bt Ruhani Mohd Mukhlis b Yusof
menjemput
___________
suami/isteri sekeluarga
untuk merasmikan tambatan janji, ijab bersaksi, izin berwali
antara dua hati bagi menyerikan Majlis Raja Sehari kami

Majlis Persandingan
Tarikh : 29 October 2011 bersamaan 2 Zulhijjah 1432H
Lokasi : No.94 felda tenggaroh 5,jemaluang,86810 mersing Johor.
Masa : 11am - 5pm

Majlis Bertandang
tarikh : 19 November 2011 bersamaan 15 Zulhijjah 1432H
Lokasi : lot 15766 Depan Masjid Uniza,kg Gong Badak,
21300 Kuala terengganu,terengganu
Masa : 11am - 5pm

Beras kunyit kami taburi, air mawar direnjis wangi,
berkembang kasih menabur budi, undangan kami setulus hati,
harap sudi datang merai, semoga Allah memberkati.
Terima kasih, Wassalam.

p/s: pm alamat kepada kami sekiranya memerlukan kad.

Saturday, October 22, 2011

6 hari lagi...

salam semua....

mencari mood keje di pagi sabtu...waaaaa..memang stress..
esok dila da start cuti hingga la 2 november..kiranya hari ni lastday keje la..
tapi hari la bos nak bagi keje banyak2..mood pk kawin je ni..heheheh (gatai)
so..esok dila akan balik ke johor....
benda first yang dila nak buat ialah.......................... pg alter baju nikah..
ha..hari tu dila ade cerita pasal baju nikah kt entry lepas..
ok baju tu kak long da hantar rumah lewat tengah malam hari rabu...
tapi mase tu dila da tido...so hari khamis la dila try baju tu....
hasilnya??? 70% je la puas hati...kekemasan kurang la..
tp yang paling x best..baju tu besar..da macam baju pinjam....
tu dila x salah kn kak long sbb dila hantar baju tu 4 bulan lepas...
skarang berat dila memang ade kurang beberape kg..
kenape x hantar alter kat kak long je???
hahahaaa..sbb dila malas..ntah brape lame pulak baru siap..
esok pn da nak balik..
so hantar alter kt kampung je la..harap2 sempat la siap...sebab x banyak pun yang nak di alter...
xnak stress2...nak fikir +ve je..nanti hilang mood kawin...
lambatnya nak balik....jasad je la kat office..kapi hati di kampung...






Wednesday, October 19, 2011

tudung dan muka bolat saya


assalamualaikum....

hahahahahaa...rase poyo kejap..sebab entry ni penuh muka dila...
bukan ape..sebenarnya nak mintak pendapat korang semua...
pendapat ape???
rase2nya la kan..tudung mane yang sesuai untuk muka bulat dila ye...
request by En.B nak dila pakai tudung bawal je mase nikah nanti...
x semple sngat ke??
ok ke??

meh tengok muka dila dengan 3 jenis tudung...
dan tolong bagi comment sejujurnya je..
sumpah..x akan kecik hati...
heheheeeee...


1.tudung bawal
2.shawl
3.tudung awning





Monday, October 17, 2011

10 hari lagi..mood cuak

salam semua

pejam celik..pejam celik..
10 hari lagi nak jadi isteri kepada En.B...
mood sekarang happy,excited + CUAK..
agak-agaknya kenapa ye????
dila memang x pernah story tentang preparation tuk wedding..
bukan nak buat surprise..tapi mood malas,sebab wedding dila nanti biase2..
very simple..so memang xde ape yang nak di kongsi or show off..
xde pun diy veil ke,tudung ke?dila ikut je package yang ade..senangkan...
jangan menangis time wedding sudah..hehehehee
ops..lari topik plk...
ok..sebenarnya yang dila CUAK sangat..baju nikah dila x siap lg..
X SIAP lagi....
baju tu dila hantar dekat jiran sebelah rumah je..dia memang tailor pun..
ade kedai kat putrajaya..
jahitan dia memang kemas,sedap di pakai..senang citer dila dan kakak memang regular customer dia la..
baju tu dila hantar awal bulan 7..dan dila akan ambik awal bulan 10..
baju kurung moden je..
start hujung bulan 9,setiap2 minggu dila follow up ngan kak long(tailor)..
dia janji nak hantar kat rumah...oleh kerana x sampai2 baju tu..semalam dila datang rumah dia..
dia janji rabu or khamis ni..coz sabtu ni dila da balik johor..dila xnak marah2..takut hasilnya kecewa..so bagi dia buat dengan tenang... ^_^
dila mintak hantar hari rabu..takut ade ape2 yang x kene sempatla nak alter ..
sekarang ni dila sangat berharap hasil baju tu nanti memuaskan hati dan x membuatkan dila nampak gumok(hakikatnya memang gumok pn)....hahahaaa





Saturday, October 8, 2011

cerita tentang bajet 2012


Salam semua..

Ni bukan entry pre wedding..dila memang tengah xde mood nak update tentang pre wedding..setiap kali dila punya mood datang,tiap kali tu la dugaan datang..tambah2 lagi bile terkenangkan kejadian minggu lepas...walaupun tinggal 19 hari je lagi….nanti dila buat review je la ye..saje buat entry ni sementara tunggu waktu balik…hehehee…

Jom kite baca ape yang di bentangkan semalam..

PECAHAN BAJET 2012:

Perbelanjaan Operasi:
1. RM52 bilion untuk Emolumen.
2. RM30.5 bilion untuk Perkhidmatan dan Bekalan.
3. RM96.5 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
4. RM1.1 bilion untuk Pembelian Aset.
5. RM1.5 bilion untuk perbelanjaan lain.
Jumlah perbelanjaan operasi: RM181.6 bilion.
Perbelanjaan Pembangunan:
1. RM29.8 bilion bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
2. RM13.6 bilion bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
3. RM4.4 bilion bagi sektor keselamatan.
4. RM1.4 bilion bagi pentadbiran am.
5. RM2 bilion bagi simpanan luar jangka.
Jumlah perbelanjaan pembangunan RM51.2 bilion.
JUMLAH KESELURUHAN BAJET 2012 : RM232.8 bilion.

Intipati Bajet 2012:

1. Peruntukan RM978 juta untuk merancakkan pembangunan; lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
2. Pengecualian 100% duti import dan duti eksais untuk kereta hybrid.
3. RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah; RM500 juta sekolah kebangsaan dan masing-masing RM100 juta untuk sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
4. “Durian Runtuh” untuk peneroka Felda (jumlah akan diumumkan kemudian).
5. Peruntukan RM400 juta untuk menaik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
6. Memansuhkan yuran sekolah rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan, termasuk bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya.
7. Umur bersara wajib penjawat awam dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
8. Kenaikan pencen sebanyak 2% setiap tahun bagi pesara.
9. Penjawat awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320, disamping mewujudkan lebih banyak mata gaji.
10. Peruntukan RM200 juta untuk perbelanjaan pembangunan polis.
11. Pemberian RM3,000 secara “one off” kepada keluarga, duda dan balu anggota tentera.
12. Memberi subsidi RM0.60 untuk setiap kilogram beras super tempatan, RM0.20 untuk setiap kilogram gula, RM2.25 untuk setiap kilogram minyak masak dan RM0.55 untuk setiap kilogram tepung.
13. Had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
14. Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
15. Subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
16. Bagi pemandu teksi; pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik, cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian dimansuhkan dan pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun manakala RM1,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih 10 tahun.
17. Menyediakan pusat khidmat sosial sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
18. Menaikkan caruman KWSP majikan daripada 12% kepada 13% bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.
19. Peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda, dari RM120 juta kepada RM300 juta.
20. Bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam, dengan bayaran minimum RM 500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan.
21. Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
22. Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah (sehingga tingkatan lima).
23. Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA/IPTS tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam.
24. Melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor.
Semua ni dila copy kat SINI je..

Ulasan yang dila boleh buat.x Nampak pun kebaikan untuk pekerja swasta macam dila ni..tu je k..malas nak ulas lebih2…





Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday

Tragedi 01.10.11



12.05 tengahari di km 27 kg pinang,muazzam
alhamdulillah Dila dan En.B selamat

p/s: Entry selanjutnya..masih mencari kekuatan..