Wednesday, December 22, 2010

membesar dengan sihat


orang lain keje makin kurus tapi aku.....
berat dah bertambah..tambah...
.
.
.
.
.
.
.
.




1tahun aku keje..5kg berat aku bertambah....
bayangkan..(kene pejam mata ok) kalau 3 tahun aku keje..
5kg x 3 tahun =15 kg ????
OMG..tidak!!!!!!!!!!!!!
kan best kalau 5 kg yang bertambah tu adalah duit..happy wooo....
so

DIET

manahan nafsu makan...
boleh ke???
try the best dila.
^__^

Thursday, December 16, 2010

good bye to 2010











now da bulan december..next month da masuk tahun baru....
so akan banyak benda baru...
sedihnya say good bye to 2010...
terlalu banyak kenangan 2010...
masih banyak azam 2010 x settle lg...nampak gayanya continue next year la eh..heheheheheee



jom imbau sikit citer 2010..ade ape ek???
>> 1st time aku bkerja selapas tamat dip..
>> 1st time celebrate besday 23th..hihihiii
>> 1st time rase bonus!!! walaupun x banyak..tp alhamdulillah..
>> menghadapi dugaan vs kawan2..
>> holiday at langkawi..
>> family day at port dickson..
>> banyak lagi yang da x ingat...uhuhuuu

tapi next year 2011 menanti dengan penuh debaran..n akan jadi tahun yang paling bermakna dalam hidup...
kanape???
wait n see............

Thursday, December 9, 2010

stress !!!!



macam2 dugaan datang..macam2 benda nak fikir..
memang stress!!!!
rase bagai nak giler..

jom..kite bace tips untuk orang2 yang stress macam aku ni..
>>>>>
>>>>
>>>
>>
>
Stres: Luahkan perasaan anda
Benarlah kata-kata hikmah yang meletakkan kewarasan sebagai rahmat paling agung.
Apabila pertimbangan telah hilang dan manusia menjadi gelap mata walau seketika
cuma, matilah zuriat di tangan orang tua sendiri.

Begitulah sebaliknya, anak-anak menjadi kering hatinya tatkala menyembelih ibu
bapa mereka. Kes-kes ‘tekanan mental’ yang luar biasa dan semakin berleluasa ini
pada awalnya bertitik tolak dari stres ringan tetapi tidak diberikan perhatian
sewajarnya.

Padahal, skil pengurusan stres boleh dipelajari dan langkah pertama hanyalah
dengan membuka mulut untuk bercakap. Mungkin, rakyat Malaysia perlu dilatih
secara lebih serius untuk meluahkan perasaan mereka dan bersikap terbuka
mengenainya.

Tiada apa yang hendak dimalukan. Jangan sampai kita akhirnya terpaksa menerima
nasib yang sama kerana tekanan mental yang bertitik tolak dari stres boleh
terjadi kepada sesiapa jua.

Dalam kehidupan serba moden yang penuh mencabar ini, tekanan perasaan atau stres
sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Pendek kata, stres adalah hidup
dan hidup adalah stres.

Mungkin, kebanyakan daripada kita melihat stres dari perspektif negatifnya
sahaja seperti gejala sosial, kecenderungan untuk melakukan keganasan dalam
menyelesaikan masalah serta meningkatkan risiko penyakit mental.

Sesetengah stres juga adalah baik sebenarnya apatah lagi dalam tuntutan seharian
kita dalam mengejar masa dan tarikh akhir. Stres memberikan kita tenaga dan
motivasi untuk mengendalikan proses itu.

Tanpa stres, seseorang pekerja atau pelajar itu mungkin tidak dapat menyiapkan
tugasan atau projeknya pada masa yang telah ditetapkan.

Perasaan stres terbit daripada naluri semula jadi tubuh untuk mempertahankan
diri daripada sebarang perubahan atau pengubahsuaian persekitaran mahupun,
tekanan fizikal dan emosi yang dalam situasi ekstremnya boleh mendatangkan
bahaya.

Ia meletakkan diri kita dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia dan oleh itu,
membolehkan kita bertindak balas terhadap sebarang situasi meruncing yang bakal
tercetus terutamanya dalam kes-kes kecemasan.

Misalnya, ketika anda berada di dalam kenderaan yang sedang memecut laju tanpa
haluan, tubuh badan anda bersedia untuk terjun keluar daripada kereta berkenaan.

Sekiranya ia normal, kenapa saya sedih?

Walaupun stres itu baik, namun, jika keterlaluan ia boleh mendatangkan kesan
sebaliknya. Ia boleh mencetuskan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit
kepala, perut meragam, tekanan darah tinggi, malah penyakit jantung dan strok.



Stres kronik yang berlanjutan tanpa diberikan perhatian dan rawatan sewajarnya
membuatkan kita berasa seperti terperangkap dan tidak mampu untuk
mengendalikannya.

Apabila ini berlaku, ia seumpama tubuh badan anda telah bersiap sedia untuk
terjun keluar daripada kenderaan yang bergerak laju tadi tetapi masih terpacak
kaku.

Badan anda berkerja lebih masa dan tiada ruang untuk menempatkan kesemua tenaga
berlebihan yang ada. Ini seterusnya membuatkan diri anda berasa takut, bimbang,
resah gelisah dan berdebar-debar.

Apakah perubahan-perubahan yang boleh menekan saya?

Situasi yang mencetuskan stres – keadaan di mana kita mengalami permintaan yang
melebihi keupayaan untuk mengendalikannya – adalah unik bagi setiap orang.

Apa yang menekan A mungkin tidak menjadi hal kepada B. Gen, personaliti dan
pengalaman hidup semuanya mempengaruhi tindak balas stres tubuh anda.

Misalnya, seseorang itu mungkin mengalami stres setelah ditegur oleh ketua
jabatannya manakala bagi individu yang lain pula tidak berasa apa-apa. Apa jua
perubahan boleh mencetuskan tekanan, sekalipun perubahan yang baik-baik
sifatnya.

Kehilangan akibat kematian, perceraian dan berpisah dengan anak-anak yang
meninggalkan rumah setelah mendirikan rumah tangga boleh menjadi sumber stres,
begitu juga dengan penyakit yang lama dan hilang upaya.

Bagaimanapun, hal-hal seperti perkahwinan, berpindah rumah, kerja baru, naik
pangkat dan percutian turut memberikan kadar stres yang tinggi.

Adakah punca stres saya satu ancaman? Atau ia tidak perlu dirisaukan?

Stres merupakan sesuatu yang normal dan sebahagian dari proses hidup. Pun
begitu, tidak bermakna kita perlu mencampuradukkan segala masalah yang ada,
putus harap dan mempunyai pemikiran-pemikiran negatif seperti ‘tiada orang lain
yang mengalami tekanan seperti aku’.

Ingat, kita bukan insan yang lemah kerana mengalami tekanan tetapi, kita
tertekan kerana kita hanyalah seorang manusia biasa. Justeru, menyalahkan diri
sendiri atau melakukan perkara yang bukan-bukan baik mencederakan diri sendiri
atau menjejaskan orang lain, hanyalah satu tindakan sia- sia.

Sekalipun tidak berupaya mengawal benda-benda yang menekan anda sepanjang masa,
anda masih boleh mengawal bagaimanakah caranya untuk bertindak balas
terhadapnya.

Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu terhasil daripada
cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Sekiranya anda menukar cara anda
berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang anda rasakan.

Saya telah cuba mengendalikannya tetapi saya seperti sudah berputus asa

Ini satu petanda bahaya. Ada kalanya, stres menjadi terlalu besar untuk kita
tangani. Ia boleh mencetuskan perasaan-perasaan buruk yang mungkin anda fikirkan
seperti mencederakan, malah membunuh diri sendiri.

Apabila anda berasa seperti sudah putus harap, nampaknya, keadaan tidak akan
menjadi bertambah baik. Terus bercakap dengan seseorang apabila anda mengalami
perasaan ini.

Bercakap dan meluahkan perasaan merupakan langkah pertama untuk anda belajar
menguruskan tekanan yang dialami dan mula berasa sedikit lega dan bertambah
baik.

Adalah penting bagi anda untuk mengetahui bahawa – mengawal stres adalah sesuatu
yang boleh anda pelajari kerana stres itu sendiri datangnya dari cara mana anda
memberikan respons terhadap situasi yang menekan itu.

Sehinggalah sains menemui jawapan yang solid mengenai stres, bukanlah suatu
tragedi bagi anda untuk belajar cara-cara menguruskan stres. Dalam kata lain,
cuba jangan menjadi terlalu stres kerana tertekan.

Di manakah saya boleh mendapatkan pertolongan?

* Hospital
* Klinik kesihatan
* Persatuan Kesihatan Mental Setempat
* Sekolah, institusi pengajian tinggi atau pusat perkhidmatan kaunseling.

Thursday, September 23, 2010

SUKA ke??CINTA ke??



  • Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
  • Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
  • Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
  • Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
  • Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.
  • Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.
  • Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
  • Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

TAHAJJUD PENAWAR RINDU, DUKA & CINTA ~~

Disebalik kelemahan disitulah kekuatan…
Disebalik kepayahan, disitulah kemudahan
Disebalik kesukaran disitu ada jalan…
...Disebalik kekecewaan, disitulah harapan
Disebalik kesedihan disitulah ketenangan…
Disebalik kepahitan disitulah kemanisan
Disebalik kekesalan, disitulah keinsafan...
Disebalik kekhilafan disitulah pengajaran
Disebalik kebencian disitulah kasih sayang...
Disebalik kepalsuan disitulah kebenaran & keikhlasan
Disebalik kepedihan disitulah penawar hati yang rawan...
Disebalik ketidaksempurnaan disitulah permulaan
Disebalik kegundahan...disitulah kesyukuran…

p/s DISEBALIK itulah ujian kesabaran, DISITU pula terbitnya jalan~

Wednesday, June 30, 2010

TANPA

tajuk/Lirik Lagu: TanpaPenyanyi: Sixth Sense (6th Sense)

Resah
Yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi
(Korus)

Tanpa
cintamu aku resah
Tanpa kasihmu aku hampa
Tanpa dirimu aku mati..
(ulang chorus)

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti

Takut.. Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati

Resah
Yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
(ulang Korus)

Monday, May 17, 2010

Friday, May 7, 2010

10 K dalam PERSAHABATAN

1.* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).
2.* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
3.* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya. 4.* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.
5.* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang trbaik untuk mereka kan?
6* KEJUJURAN juga perlu dalaem persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).
7.* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
8.* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.*
9.*KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
10.* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).





i luv u all...mmuuah...

Saturday, March 20, 2010

ukur paras

setiap wanita ingin dilihat cantik..ingin dipuji...ingin kelihatan sempurna...
tapi ingat la kecantikkan itu tidak akan kemana...
orang cakap aku canti(prasan)hehehee...aku ramai peminat...sebab tu lelaki susah nk pcayakan aku..
aku akui aku ade ramai kawan lelaki..aku ade peminat..
aku akui telah ramai yg aku permainkan,telah ramai aku beri harapan..
maafkan aku lelaki...
bak kata pepatah..sesal dlu pendapatan,sesal kemudian tiada guna..
betul...
kata hairi aku menyalah gunakan rupa dan kecantikan...
maafkan aku wahai lelaki-lelaki yang penah aku sakiti..
aku menyesal semua ini berlaku..
selepas penceraian abg M ngan wife abg..
selepas mendapat tahu keadaan nizam yg tenat..
selepas aku melihat penderitaan kawan..
selepas zam cuba membunuh diri...
dan
selepas keluarga bulis bertandang ke rumah..
aku mula menyesal..tp ape yang mampu aku buat???
aku rasa diri ini terlalu kejam..
aku hanya mampu doakan kalian..
aku mintak maaf...
aku janji tidak akan mendendami lelaki lagi...
cuma yang aku pinta maafkan aku..
izinkan aku bahagia bersama insan yang bernama MOHD MUKHLIS...
best friends forever...

apakah maksud BFF???wujud ke BFF dalam dunia ne..
entah la..bagi aku BFF wujud bila sesorang itu dalam kesusahan..
tapi di kala waktu senang BFF sudah tidak wujud lagi..
tak salah berkawan..tapi salah jika kita percaya kawan akan ada diwaktu kita dalam kesusahan..
berhati-hati lah memilih kawan...
kalau dia anggap kita BFF..kenapa kesalahan sendiri di letak atas kita..ini ke BFF???
aku bukan BFF,tapi tidak pernah sekali pun rasanya aku meletakkan kesalahan ku pada insan yang aku anggap kawan ..semoga Allah tunjuk kan jalan untuk aku dan sahabat-sahabatku...

Thursday, January 7, 2010

secebis kata

TERTAWA

Sekali tertawa *****pusing kepala hilang.
Dua kali tertawa ******benci pun lesap.
Tiga kali tertawa *****persoalan lari.
Empat kali tertawa*****penyakit sembuh.
Lima kali tertawa*****jadi awet muda.
Enam kali tertawa*****hati penuh sukacita.

SENYUM

Sekali senyum****curiga hilang.
Dua kali senyum****jadi sahabat.
Tiga kali senyum****hati penuh damai.
Empat kali senyum****beban jadi ringan.
Lima kali senyum****rezeki datang.
Enam kali senyum****keluarga rukun.

Doaku


Ya Allah…
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…
Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
agar aku bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku…
kerana Engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

buatmu m&m.....



Wednesday, January 6, 2010

hidup




"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"


tinggal kenangan

kau anugerah terindah buatku walaupun hanya sebentar..
al fatihah buatmu sahabat teristimewaku....saat indah bersamamu tidak pernah aku lupakan,aku sentiasa merinduimu...kerana kau adalah sahabat terbaikku...walaupun aku tidak dapat mnerima hakikat ini,tapi aku redha dengan ketentuan ilahi..aku sentiasa mendoakan kau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..walaupun tempoh perkenalan kite cuma sebentar,tapi aku bersyukur kerana sempat berada disisimu..walaupun aku tidak sempat nyatakan kenyataan ini..tapi aku yakin kau juga tahu ape yng ada dalam hati aku...
aku sentiasa merinduimu kharul azlam...

mekatronik 1/06

ni salah satu aktiviti budak meka..main bowling...enjoy,walaupun ramai yang bola masuk longkang..tp kitorg tak kisah..

baru saja selesai present final projek..alhamdulillah semuanya selamat..dan tak ade satu kumpulan pun yang gagal,time ini lah banyak menguji kesabaran seseorang dan menilai tahap kemampuan seseorang..ade yang gembira dan berduka..jadikan la ia kenangan dalam hidup kita..
lepas ni kami semua akan On Job Training....so kena la berpisah untuk sementara waktu...
jumpe lagi mase pedagogy...

saat yang paling dirindui..time ni sem dua..kitorang rapat sangat.umpama adik beradik..enjoy sangat dengan gelagat masing-masing..walaupun ade yang umur lebih tua..tapi tidak menjadi menghalang kegilaan kitorang..

I MISS U ALL MEKATRONIK 1/06
~ewan,fuad,sabri,azam,faiz,arif,laila,zuwairiah,dina,etiey,siti,ayu,ain,dila dan izatty~

elephantdaughter vs nolyndila

ni la dia anak gajah tu..
name dia jugak nolyndila...
kenape elephantdaughter???
senang je...sebab dia temok macam anak gajah..
huhuhuuu.... =)
elephant daughter ni senior2 yang rapat giler2 time study dulu yang bagi...
tapi lekat la name tu sampai sekarang...