Friday, May 7, 2010

10 K dalam PERSAHABATAN

1.* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).
2.* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
3.* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya. 4.* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.
5.* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang trbaik untuk mereka kan?
6* KEJUJURAN juga perlu dalaem persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).
7.* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
8.* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.*
9.*KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
10.* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).





i luv u all...mmuuah...

Saturday, March 20, 2010

ukur paras

setiap wanita ingin dilihat cantik..ingin dipuji...ingin kelihatan sempurna...
tapi ingat la kecantikkan itu tidak akan kemana...
orang cakap aku canti(prasan)hehehee...aku ramai peminat...sebab tu lelaki susah nk pcayakan aku..
aku akui aku ade ramai kawan lelaki..aku ade peminat..
aku akui telah ramai yg aku permainkan,telah ramai aku beri harapan..
maafkan aku lelaki...
bak kata pepatah..sesal dlu pendapatan,sesal kemudian tiada guna..
betul...
kata hairi aku menyalah gunakan rupa dan kecantikan...
maafkan aku wahai lelaki-lelaki yang penah aku sakiti..
aku menyesal semua ini berlaku..
selepas penceraian abg M ngan wife abg..
selepas mendapat tahu keadaan nizam yg tenat..
selepas aku melihat penderitaan kawan..
selepas zam cuba membunuh diri...
dan
selepas keluarga bulis bertandang ke rumah..
aku mula menyesal..tp ape yang mampu aku buat???
aku rasa diri ini terlalu kejam..
aku hanya mampu doakan kalian..
aku mintak maaf...
aku janji tidak akan mendendami lelaki lagi...
cuma yang aku pinta maafkan aku..
izinkan aku bahagia bersama insan yang bernama MOHD MUKHLIS...
best friends forever...

apakah maksud BFF???wujud ke BFF dalam dunia ne..
entah la..bagi aku BFF wujud bila sesorang itu dalam kesusahan..
tapi di kala waktu senang BFF sudah tidak wujud lagi..
tak salah berkawan..tapi salah jika kita percaya kawan akan ada diwaktu kita dalam kesusahan..
berhati-hati lah memilih kawan...
kalau dia anggap kita BFF..kenapa kesalahan sendiri di letak atas kita..ini ke BFF???
aku bukan BFF,tapi tidak pernah sekali pun rasanya aku meletakkan kesalahan ku pada insan yang aku anggap kawan ..semoga Allah tunjuk kan jalan untuk aku dan sahabat-sahabatku...